Kesah Dongeng Yang Bernama “Gades”




Gades > Berumur 21 tahun, merupakan gadis muslimah bertudung, bertubuh tinggi  lampai, berkulit cerah, mempunyai lesung pipit dipipinya yang mampu mencairkan hati ramai jejaka & membuatkan ramai teman2 Gades mencemburui beliau, seorang yang pemalu tetapi manis dengan senyuman. Merupakan seorang gadis kota & pelajar di sebuah IPT di Johor.





Semua orang beranggapan bahawa Gades merupakan seorang insan yang sangat bertuah di muka bumi ini. Mempunyai semua ‘aset’ yang diimpikan oleh kebanyakan gadis. Namun….


“…siapa yang tak terpikat dengan perempuan yang putih gebu, cantik….emmm sume2lah ade kat Gades tuu…untunglah kann”  rungut rakan sekelas Gades.

“…….errrr! korang ni asek2 cakap pasal si Gades. Takde bende len ke yang korang leh pot pet pot pet. Sakit telinge aku tau tak!” mara si “polan”

Secara tidak sengaja, Gades lalu & terdengar perbualan antara si “polan2” berkenaan. Gades hanya mampu mengeluh & berasa hairan mengapa die sering menjadi pujian serta cemuhan daripada orang di sekelilingnya…??

Suatu petang yang hening, Gades menerima sepucuk surat daripada seseorang yang tidak dikenali olehnya. Si polan tersebut hanya menamakan dirinya sebagai “T”. Gades berasa bingung memikirkan daripada siapakah surat yang diterimanya itu. Untuk mengetahui siapakah “T” berkenaan, Gades membalas surat “T” melalui perantaraan classmatenye. Mereka saling berutus surat sehingga suatu hari, “T” membuat permintaan untuk bertentangan mata dengan Gades, agar tiada lagi persoalan dihati Gades.

City Park Matahari menjadi tempat pertemuan antara Gades & “T”.
“T” berasa berdebar-debar & takut untuk bertemu dengan Gades. Begitu juga Gades yang tidak lena tidur pada malam sebelum pertemuan mereka keesokan harinya. Gades tertanya-tanya siapakah “T”? mungkinkah lelaki yang amat Gades sayangi dahulu?

Jam menunjukkan pukul 4.48 petang apabila “T” melihat pada jam ditangannya. Dia telah berjanji akan berjumpa Gades di taman berkenaan pada pukul 5 petang. Oleh kerana tidak mahu terlambat & menunjukkan neves melampau, “T” telah sampai awal di taman berkenaan.

Setibanya terlihat akan kelibat Gades, “T” menjadi tidak tentu arah & degupan jantungnya kian pantas berdegup seolah-olah berteriak mahu keluar daripada tubuh badannya. “T” segera berpaling daripada pandangan Gades & membelakangi Gades.

Gades melangkah tenang ke arah lelaki berbaju hijau, seperti yang dinyatakan oleh “T” kepada Gades didalam kiriman suratnya untuk mereka bertemu. Dalam hayunan langkah yang lemah gemalai, hati Gades seakan-akan meraung untuk mengetahui siapakah “T”? Apakah tujuan “T” sebenarnya?

“Assalamualaikum…”T”….?” pembuka bicara yang Gades ucapkan sebagai seorang gadis muslimah.

“…Wa..waa..laikumussalam..” Teruna menjawab terketar-ketar seolah-olah sedang berhadapan dengan tok kadi.

Teruna menoleh ke arah Gades dengan perlahan-lahan. Gades terperanjat & tersentap apabila menatap wajah Teruna. Gades & Teruna saling berpandangan lalu menatap mata masing-masing yang telah hampir 4 tahun tidak bertentang mata. Lidah Gades & Teruna kelu tanpa sebarang ungkapan dibibir masing-masing. Mereka hanya mampu bertentangan mata setelah sekian lama tidak bertemu.

Teruna >  Berumur 21 tahun, lelaki berwajah tenang, memiliki senyuman menawan mampu memikat hati para gadis, bertubuh tinggi & tegap, berkulit sawo matang.

“..errr..kamu Teruna?..betulkah ini kamu Teruna?”..soal Gades.

Gades seakan-akan keliru & perasaannya bercampaur-baur apabila melihat akan Teruna. Gades merasa gembira, kecewa, tertanya-tanya & pelbagai perasaan yang Gades sendiri tidak dapat ungkapkan.

Teruna merupakan satu-satunya lelaki yang telah berjaya menawan hati Gades. Mereka bersatu hati selama 3 tahun sebelum Teruna menghilangkan diri daripada Gades.

Gades merasakan dirinya tidak dihargai, dipermainkan, ditipu oleh seorang lelaki yang sangat dia kasihi. Teruna meninggalkan Gades tanpa sebarang pesan & sebab. Mengakibatkan Gades sangat terluka & sukar baginya untuk mempercayai lelaki & membuka hatinya untuk menerima mana-mana lelaki selepas Teruna meninggalkannya tanpa sebarang kata.

“kenapa awak muncul & datang cari saya selepas awak mempermainkan saya? Adakah saya ni tak layak untuk dikasihi & dihargai…kenapa Teruna…??” Gades meluahkan rasanya.

“…awak tau…betapa sedihnya saya? betapa saya rasa kehilangan? betapa sunyinya saya bila awak pergi tanpa sebarang kata?....awak tau…awak dah buatkan saya tak percaya dekat mana-mana lelaki? Saya benci awak!!!”..luah Gades lagi.

“…saya benci awak..tapi saya tatau kenapa saya setiap masa teringatkan awak. Saya tunggu awak… lama wak saya tunggu awak…hanya Tuhan jek yang tau apa yang saya rasa semenjak kehilangan awak dalam hidup saya”..kata Gades kepada Teruna.

Teruna merasa bersalah teramat terhadap Gades & membuatkan dirinya kelu untuk berkata apa-apa. Kerana Teruna sedar dia bersalah kerana meninggalkan Gades yang merupakan gadis yang paling sempurna baginya demi kepentingan dirinya. Baru kini, Teruna sedar betapa dia tidak boleh kehilangan Gades.

“..Gades…saya minta maaf. Saya tahu saya salah sebab tinggalkan awak, biarkan awak tunggu saya dalam masa yang sangat lama. Saya ingat saya yang terseksa..rupanaya awak lagi terseksa daripada saya. Awak…banyak dose saya kat awak. Saya minta maaf..saya tak sanggup tengok awak dengan lelaki lain..hati saya sakit. Kalo awak nak tahu…dah lama saya nak kembali pada awak..tapi…tapi saya takut awak tak dapat terima saya… saya takut wak…”..luah Teruna kepada Gades.

“..awak! betul ke apa yang awak cakap ni? Awak tau….saya gembira wak..saya tak caye awak terima saya balik…terima kasih wak..” kata Gades setelah mendengar luahan Teruna sambil menitiskan air mata dipipinya yang gebu.

Gades sememangnya menunggu Teruna agar kembali ke pangkuannya telah menjadi nyata, hasil daripada berkat doa serta ingatan Gades terhadap Teruna yang tidak pernah pudar walau sedikit pun.

“haaa!...emmm..tapi…”..Gades seolah-olah tersedar daripada lamunan.

“…urmm..mustahil kita dapat kembali besama Teruna. Maaf…memang sepanjang saya menunggu kepulangan awak, saya tak terima & tak izinkan  mana-mana lelaki masuk dalam hidup saya untuk amek tempat awak. Tapi….7 bulan yang lalu, muncul seorang lelaki yang begitu ambil berat tentang diri saya, buat saya gembira & dia sangat2 caring dengan diri saya. Pada masa saya berkawan rapat dengan dia, saya sedar wak….sampai bila saya nak tutup pintu hati saya semata-mata untuk tunggu awak yang belum pasti akan muncul kembali pada saya. Walaupun awak telah muncul sekarang…maaf awak. Saya telah buka hati saya untuk dia…”…ungkap Gades.

“…hehe walau apa pun saya harap awak akan jumpe perempuan yang lebih baik daripada saya oke…”…kata Gades untuk menenangkan hati Teruna.

“….errr..tapi….”..tersekat-sekat suara Teruna.

Tiba-tiba datang seorang lelaki berbaju oren, datang ke arah mereka dengan melemparkan senyuman ke arah Gades. Teruna terpinga-pinga melihat lelaki berkenaan dengan bermonolog “..siapa lelaki tuu?..kenapa dia tersenyum ke arah Gades?”

“..ohh maaf wak…saya terpaksa pergi dulu, ade hal. Kalo awak perlu pape, cari jek saya oke. Saya sedia membantu”…ungkap Gades dengan melemparkan senyuman manis ke arah Teruna & berlalu pergi mendapatkan lelaki berbaju oren berkenaan…..


p/s       : pengajarannya…hargailah apa yang kita miliki sekarang. Jangan nanti  baru nak sedar bile kite dah rasa kehilangan orang yg kita sayang oke  =)
: kesah ni rekaan sematamata sebab nak ilangkan bowink hihi  >.<"




ARIGATOGHOZAIMAS sebab sudi baca tau ^.^"

4 comments:

EiZaRaZiErYa said...

seyesly mcm kesah hidup zie je..huhu..
cdih lak aih tbe2....tp dialog2 n mase ketike nye 2...xdelah sebijik~ huhuhu..

nice!!! ^_^

shOreita said...

hehee upss..cowy. ni pon men bedal jek taip ape yg kua at pale..nway tQ ^^

♥ bella nabila ♥ said...

jiwa kacau sekarang ni..bace lak citer sentimental camni..makan dalam oooo...T____T...

shOreita said...

alamakkk..tatau2 =.="

Post a Comment

: Assalamualaikum :
sudilah komen tau walaupun satu ^.^'