: Perkara Yang Lelaki Nak Gadis Buat :



Assalamualaikum w.b.t.


Hai pembaca tegar sekalian. Hmm… hari ni tiba-tiba aje hati ni terpanggil nak sok-sek² pasal tajuk kat atas tuu. Yelaaa.. kebanyakan lelaki ni kan ego. Saje jek buat dekk dia konon. Padahal ingat tatau ke korang nak gadis yang berhampiran korang buat sesuatu perkara tapi korang malu nak ungkap dan suruh mereka buat kan³… elehhh… ceq tau oke hihihi..gelak yang tak berapa nak jahat.

Berdasarkan pada pemerhatian dan kajian yang telah aku lakukan.. hehee boleh jadi penyiasat dah rasa ni. oke²… scroll lagi bawah yee… senarai kat bawah ni lah kan yang korang nak kita orang yang si gadis-gadis ni buat. Tapi bukan kita orang tanak buat..saja mau kasi korang tu tunjukkan ego tu lagi banyak-banyak punye..kann³.





1. Belai mereka dengan penuh kasih sayang.
    Maksudnya, kaum lelaki ni nak kita kaum perempuan menggantikan si ibu dia. Belai dia macam baby baru lahir gitu. Nak tidur kena tepuk-tepuk dulu.. uhh amboi² banyak minyak. Tau tak minyak mahal tau sekarang..ishhh.

2. Manja macam budak².
    Haaa.. yang ni pula, mereka nak kita ni jadi macam kanak-kanak ribena sikit. Pura-pura comel… walaupun kami memang tau dah yang kami ni comel tapi saja buat tatau hihi. Umm… lelaki ni nak kita ni ada sifat manja sebab senanglah nanti mereka nak ajak kita main tepuk amai² kann.. lepas tuu, kalau kita pura-pura merajuk senang jek mereka nak pujuk… macam ni lah contohnya.. “aucakkk! Nah gula².. takmo majok-majok lagi tau”… ishhhh apeeeelah.

3. Selalu ungkapkan ayat-ayat manis.
     Aikkk.. nak manis je? Masam tawar nak tak? Hehe.. lelaki ni sebenarnya memang suka sangat² dengar ayat-ayat manis macam gula Melaka ni tau. Bahkan mereka terasa macam berada di awang-awangan. Cukuplah kalau kita mesej jek. Tak tengok mereka depan² pon dah tau mereka sengeh sampai nak melekat bibir kat telinga. Haa.. kalau tak percaya cuba buat pat.

4. Bagi pujian.
     Hehee.. yang ni memang buat aku tergelak. Aduhhh, bukan sebab apa. Memang pantang betullah kan nak puji lelaki ni. kalau kita puji dia sikit…wah³ mulalah naik gedik dia tu. Misalannya, korang cakap macam ni ea “awakkk..awak ni comel tau, ensem juga. Sebab tu saya tersangkut”. Lepas tu mulalah dia jawab.. “mana ada ensem… kacak jek hihi”. Ishhh.. memang den lomah la kan bila dia cakap macam tu. +++ Nampak sangat dah lelaki suka kena puji.

5. Main game.
     Yang ni memang for sure lelaki nak perempuan buat tapi takut nak cakap. Semua da tau dah yang lelaki ni suka main game. Kalau dah main game tu memang tak ingat dunia dah die. sampai si awek ni balas mesej pon dia buat dekkk dia jeee. Tapi kita orang taulah… kalau ikutkan hati korang, mesti korang nak kita orang ni join main game juga ann. jadi, takdelah kita orang marah kalau korang lambat sangatttt balas mesej kami ni haaa.

Umm…. Mesti ada yang betulnya kan apa aku kata kat atas tu. Mungkin banyak lagi yang lelaki nak perempuan ni buat. Tapi, berdasarkan penyiasatan yang telah aku buat, ni jela dulu hihihi…  ^.^”





ARIGATOGHOZAIMAS sebab sudi baca tau ^.^"

6 comments:

Anonymous said...

awak tahu ni sebab awak dah ade pakwe ke. he3.

Rozita a.Halim said...

aishhh..payah betol nk jawab solan ni jajajaa =)

Anonymous said...

he3. payah jawab maknenya xde bf. ni mesti tengok kawan punye bf kan.

Rozita a.Halim said...

im oredy taken tau =)

Anonymous said...

aaaalaa. ingat kan single. takpe. salammm perkenalan. (:he3

taiptaipletter said...

hehe ~ tol la tuh , temasuk yg game tu ..
smpai ngan noni skali terjebak jd hard core player game A&E dgan ajim . huhu =)

Post a Comment

: Assalamualaikum :
sudilah komen tau walaupun satu ^.^'