:: Tanda Allah Sayang ::

Assalamualaikum warga bloger yang disayangi sekalian...
dikala pada waktu petang sebigini, setelah menjadikan diri pemalas dengan memontengkan diri daripada latihan larian mesra...aku ingin meng'update'kan isi pada blog aku ini.
errr macam gud2 aje ayat aku hehe.

ummm..oke yee. haa korang tahu tak apa yang nak aku sampaikan kali ni berdasarkan tajuk kat atas tu? haaa..kalau tak tahu dan berpura-pura tahu baik takyah. sonang cito, meh sini den koba jola eh. hee.
pada petang yang mulia ini, aku telah terbuka pintu hati untuk berkongsi dengan korang mengenai 'Ujian & Dugaan : Tanda Allah Sayang'
haaa..korang mesti nak Allah sayang dekat korang kan? kalau nak jomlah kita sama-sama renungkan okeh =)

melalui hasil pembacaan aku kat google...aku nak juga kongsi dengan korang. kan kongsi itu manis. hihi.
haaa...meh baca ni meh macam mana tanda Allah sayang kat kita....


Bentuk-bentuk ujian yang diberikan
Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambaNYA. Antaranya adalah :
1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)

2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)

3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)

4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)

5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)

6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)

7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)

8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)

9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)

10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)


oke...korang nampak kan perkataan-perkataan yang aku 'bold'kan tuu. tu sebagai peringatan kita bersama dimana kita sering diuji dalam bentuk ujian sebegitu kan? ummm...Allah bagi ujian-ujianNYA kepada kita bagi menunjukkan rasa sayangNYA kepada kita. tapi......bagaimana pula kita tunjukkan rasa sayang kita kat Allah? ummm..renung-renungkan tau!
haaa..copppp! apabila kita diuji oleh Allah....jangan lupa ucap ''Alhamdulillah"










ARIGATOGHOZAIMAS sebab sudi baca tau ^.^"

No comments:

Post a Comment

: Assalamualaikum :
sudilah komen tau walaupun satu ^.^'