'Era.fm Rentak Muzik Terkini!!!'

Assalamualaikum..

Petang-petang macam ni.. aku ber'blogging' sambil ditemani siaran radio kegemaran aku. Radio apa lagi kalau bukan radio 'Era Rentak Muzik Terkini'.. Haaa terkinilah sangat kau kan.. Terdahulu takde kee hahaa!
Eleh.. korang mesti ada fevret radio masing-masing. Tak Era, paling-paling korang mesti layan Hot.fm, Hitz.fm... Takpun Suria.fm la paling gempak kan ^.^V





Aku yang dilanda kemalasan untuk menyiapkan assignment yang tak pernah nak siap.. telah merajinkan aku untuk 'merayau-rayau' cuci mata tengok apa yang ada dekat blog-blog ni. Haaa.. kau tak payah nak melalut sangatlah kan cik rozita yee. Okeokee aku nak kongsi pasal radio 'Era.fm' ni sebenarnya. Bukan nak poyolah tapi nak bagi tahu je yang aku ni memang fanatik sangat-sangat dengan radio 'Era.fm' ni. Memang dah lama aku setia dengan radio ni tau. Boleh katakan sejak aku sekolah menengah lagi. Haaa.. memanglah aku dah tua sangat sekarang ni kan! hehe..

Radio 'Era.fm' ni boleh katakan macam kawan baik aku yang gila-gila baik tau. Aku bangun pagi je mesti nak dengar radio ni.. Haa kalau pagi-pagi tu memang segmen 'Johara Pagi Era' lah, yang merupakan segmen Era.fm yang paling-paling aku terhibur.. siapa yang tahu tu cepat angguk hidung cepat. Siapa yang tak tahu tuu.. meh sini den nak koba haa. Segmen tu dinamakan 'Johara Pagi Era' sebabnya.. pagi-pagi tu.. orang yang akan konker studio Era tu ialah Johan (raja lawak), Hanif & Ray.. Perasan tak 'Johara' tu hasil gabungan nama meraka. tu aje hee. Untuk makluman korang, mereka bertiga ni memang sengal ubi. Korang yang bangun pagi dengan muka toya tu (macam yang aku ternampak junior aku pagi tadi nak masuk tandas) mesti terus buka mulut gelak sampai telinga tau. Contohnya macam pagi tadi.. Antara ayat sengal ubi mereka ialah : 'tak payah nak asyik bergantung sangat je ayat tu', Ray.... 'Oke...berpanjat kepada ayat ini...', Johan. Alaaa memang la korang kata tak kelakar sebab korang tak dengar. Apa kata nanti korang dengar oke. Konpem hari korang akan berwarna-warni hehe..

Waktu tengah hari pula Ira yang akan ke udara untuk menghiburkan pendengar. Tapi aku kurang terhiburlah bila penyampai perempuan. Nak lelaki hehe.. Lelaki memang diciptakan untuk perempuan kan?! Haaa..petang pula, Zahid (AF) dan Adi (AF) bergabung. Malam pula..... hehe aku terlupa nama si penyampai tu. maaf.

Penyampai 'Era.fm' ni boleh tahan ramainya... tapi takdolah ramai bebenornye awok. Pada hari Sabtu dan Ahad pula akan ada segmen khas... Haaa.. Aznil Hj. Nawawi pon ada kau kat Era ni hehe.. Kecoh aje aku ni kan. Padahal mungkin ada yang dah tahu tapi aku ni pula baru nak cakap. Alaaa biarlah.. aku nak kongsi pada siapa yang tak tahu lagi.

Konklusinya, aku nak korang cuba dengar radio 'Era.fm' ni tau. Aku ni macam promote kee? hehehe aku pon tatau. Mungkin sebab aku terlampau sayang radio 'Era.fm' ni kot hehe..

Selamat mendengar 'Era.fm Rentak Muzik Terkini!'




ARIGATOGHOZAIMAS sebab sudi baca tau ^.^"

5 comments:

luqman zakaria said...

memang setia betul nih..sy lak jarang benor dengar radio...neway..thanx sebab follow arepnakbebel.com yer~

Rozita a.Halim said...

nvmind bro =)

miss kinah said...

jarang dengar radio..dgr lagu kat lappy jek..hehe

Nory Zoulkefle said...

pagi2 suka dgr Hot.fm...hehe

salam kenal yer..
baru je follow blog ni..

Simple Syara said...

jom join GA syara !! http://simplesyara.blogspot.com/2012/11/giveaway-harapan-saya.html

Post a Comment

: Assalamualaikum :
sudilah komen tau walaupun satu ^.^'