Padah 'Contact Lenses'

Assalamualaikum.

Disebabkan aku takde class petang ni plus dahlameee tak menghapedet blog.. haa jadi inilah waktunye kan. Aku nak cakap pasal 'contact lenses'. Sekarang ni kalau perasan dan memang terlebih perasan dah pon kan ramai aje yang pakai bende alah ni kan. Tujuan 'contact lense' ni dipakai pon sebab untuk rawatan/rabun dan saja nak 'mencantikkan' mata. Tak salah kalau nak pakai bende alah ni selagi tak mendatangkan mudarat kepada mata yang Allah bagi ni dan selagi tak melanggar batasan Syara. Haa! nak tau ke apa yang boleh sampai langgar Syara tu?

Haa.. nah baca :
1 tak mendedahkan aurat
2 tak mendatangkan fitnah / ghairah orang lain
3 tak ubah ciptaan Allah
4 tak menyerupai perbuatan orang kafir
5 tak berlebihan
6 TAK MEMUDARATKAN
(info : Google)

ok yee.. korang nampak tak ape yang aku fokuskan kat atas tu? haa.. jangan ngade-ngade kate tak tau yee, aku sekeh ang haa. 'Contact lense' ni bagus tau sebab dapat tolong kita termasuk aku yang rabun ni untuk melihat tanpa pakai cermin mata. Yelah.. tak selesa kot nak pakai 'teropong' yang dok bergayut-gayut kat muke ni. Pakai 'contact lense' selesa sikit weh. Cantik pulak tu hahaha.. Perasanlah korang ni ish. Tapi serius korang cantik hahaa! Tapi, cantik-cantik juga.. korang tau tak kesan daripada pakai bende alah tu?? Kepada siapa yang dah tau tuu.. baguslah. Kepada yang tak tahu tuuu.. ambil-ambil lah tau yee kawan.

Dulu aku pon pakai bende alah ni.. Yelah, senang selesa nak bergerak kan. Lepas tu takdelah aku nak lap-lap cermin mata aku ni yang asyik 'berkabus' aje.. biasalah.. aku kan aktif haha! Tapi, atas nasihat mak abah aku tak pakai dah. Yeay! makin rajinlah aku lap cermin mata aku yang 'berkabus-kabus' ni. Haa.. nak bagi tahu satu rahsia ni... kadang-kadang aku tak pakai pon cermin mata. Aku malas dan nak rehatkan mata. Lepastu, konon-konon aje buat-buat nampak. Padahal harem hampeh aku tak nampak ape aku pandang. Nasiblah siapa ada dengan aku bila aku tak pakai cermin mata. Korang jadi pengganti cermin mata aku tau haha! Lepas tu siapa-siapa kata aku sombong tak senyum balik kat korang maaf yee, aku tak nampak korang senyum haha!

Oh! yaa.. melalut kemain lagi. Ni haa.. aku tahu sebab mak abah tak kasi aku pakai bende alah ni. Sebabnya, mata jadi rosak dan boleh menjadi rabun. Ya Allah.. cukuplah rabun, jangan Allah tarik apa yang Dia dah beri. Pada mulanya aku bedegil, aku pakai aje. Lepastu..tebayang-bayang muke mak abah plus dengan suara dorang cakap 'angah jangan pakai lagi contact lense tu. bahaya tau. nanti rosak mata susah'. Serius banyak kali mak abah ingatkan. Sekarang ni aku tak pakai dah.. mak abah ingatkan jugak. Aku tengah 'bercamping' pon mak sempat lagi cakap 'angah jangan pakai lagi contact lense tu. abah pesan ni'. Nampak kan.. seorang mak abah tu sayang sangat anak dia. Bagaimana pula dengan kita? Renung-renungkan tau duhai anak.

Haa.. ni kisah mak abah yang tau kesan penggunaan 'contact lense'. Macam mana pulak dekat parents yang tak tau anak dia pakai? Korang curi-curi pakai yee. Aku tak larang pon korang nak pakai. Boleh aje nak pakai. Duit, mata & 'contact lense' masing-masing kan. Tapi, nasihat aku.. kalau nak pakai tu belilah yang mahal dan berkualiti ea. Takpe kot keluar duit lebih sikit daripada keluar duit banyak yang tak sikit untuk rawat mata korang nanti. Haa.. mana korang nak? Dah pakai tu, jangan bawa sampai tidur pulak. Bukan boleh percaya sangat korang ni. Kadang-kadang mesti korang ade terlelap kan bila pakai bende alah ni. Tidur dalam bas masa nak balik kampung dengan tertidur dalam kelas. Haaa... aku tau oke. Lepas tuu.. janganlah pakai bende alah tu melebihi daripada 6 jam tau. Sebab, bende ni akan kering dan mata korang pon akan merah. Phewit! macam vampirelah hahaa! Gurau aje tau jangan ambil hati, ambil hempedu je.

Korang meh sini aku nak korang tengok.. ni pon aku cari kat Google.
Iktibar buat diri aku sendiri dan korang semua.





Aku takde niat nak menakutkan korang tau. Tapi, ini sekadar perkongsian aku dengan korang aje. Apa yang mak abah aku pesan.. As salam.

Terima kasih baca entri ni !






ARIGATOGHOZAIMAS sebab sudi baca tau ^.^"

11 comments:

fatin aziz said...

ngerinya!!! so better pakai spec walaupun nmpak mcm nerd drpd diri merana..

Rozita a.Halim said...

yup!

aini shahroni said...

ish..ngeri betul!!
my friend suka sgt pakai C.L. even xde kepentingan pun..urmm...

*http://nurainishahroni.blogspot.com/*

Rozita a.Halim said...

umm.. aini nasihatkanlah die ea
bende nk jd kite takleh jangke an

farmiey haniera said...

eeeeeeeeeeewwwwwwwwwwwwwwww.......

Secrets of A Teenage Girl said...

ee, gelinya... xnk jd mcm tu.
sy pun pakai CL, bila baca ni rasa xnk pakai pulak.. hehe..

http://pinksolovely.blogspot.com/

Rozita a.Halim said...

haaa itu laa..
cantik mmg cantik
tp..uhh hehe

Tyra Ismail said...

seriau tengok !

sya sams said...

Yang penting cara kita pakai . Tak semua macam tu kan kak ?? Kawan sy pakai kdg2 sampai seminggu tak tanggal2 . ilex je kak . hehe

nyamuk said...

Serius geli

Rozita a.Halim said...

tp..kalo bnde nk jd kite tatau an
sekadar peringatan dan perkongsian aje ni hehe

Post a Comment

: Assalamualaikum :
sudilah komen tau walaupun satu ^.^'