Nak Slim? Cara Meningkatkan Kadar Metabolisme


Assalamualaikum.

Ececeh…mesti ramai yang nak slim kan? Terutamanya si golongan hawa. Macam akulah..nak slim juga macam model-model yang aku tengok tu..huhh! tapi hampeh! Hoho.
Di sebabkan aku terasa aku dah GEMOK ni.. aku pon google cara-cara nk tingkatkan metabolisme ni. Almaklumlah, nak kurus. Biar ringan sikit aku nak bergerak sana sini kikiki.
Nah!..turn korang yang nak kurus juga pulak baca..baca dan amalkan ok!
1.         Minum banyak air. Cara paling senang ok! Kalau korang takboleh buat. Aku pon tak tahulah. Sebab minum banyak air ni adalah untuk proses kalori yang melambak-lambak bertakung dalam badan ni. Then, tolong amal banyakkan minum air sebelum makan untuk cepat kenyang. Serius aku tak amalkan even aku da tahu berkurun abad.
2.         Minum air sejuk. Dapat bakar lebih kalori. Tapi! Pastikan takde gula dan cream tau manis.
3.         Minum teh hijau. Aiyak! Aku selalu minum teh cap Lipton jaa. Eleh! Janji teh hehe.
4.         Makan lebih kerap. Korang percaya tak yang makan banyak ni boleh kurangkan berat badan? Serius korang kena caya weh. Lepastu, kalau boleh makan setiap 3 – 4 jam tau! Tapi janganlah dok makan berat2 faham?!
5.         Makan makanan pedas. Makanan pedas ni ada bahan kimia yang dapat tinggikan metabolisme. Serius! Rugilah siapa tak tahan pedas tu hahaha!
6.         Makan makanan berprotein tau! Sebabnya, protein ni dia bakar kalori 2 kali ganda. Wuuu! Siapa takmau kan.
7.         Bina otot. Hehehe aku suke ni. Korang paling-paling sempoi pon..buatlah sit-up dengan bumping. Solid weh nanti haha! Lagipon, kalau korang ada otot, setiap pound otot tu dia guna 6 kalori sehari untuk dibakar. Wah! Kiralah berapa ketul otot korang sekarang. (siapa yang banyak lemak tu, 2 kalori je terbakar sehari. Sedih!)
8.         Senam aerobik / jogging. Ini untuk orang paling rajin dan aku bukanlah orangnya harap maklum.dengan cara ni, kalori korang terbakar selepas korang senam dan jog je. Sekian.

Senang kan. Macam senang tapi nak buat tuu sedih…..
Tapi, tanpa aku sedar semua tu aku buat kecuali no. 1 dan 8. Haha! Korang pon mesti tak sedar selama ni korang buat semua cara tu kan. Btw, siapa yang baru nak mencuba tuu..good luck! Dan jangan lupa upload gambar korang dekat fb sebelum dan selepas hihi. Gurau aja mek.




ARIGATOGHOZAIMAS sebab sudi baca tau ^.^"

2 comments:

Saiful Anuar Safian said...

kalau betul pasal nak jadi kurus nie sy nak juga amal...tp selalu sekerat jalan je lepas tu....all over d circle...hihihi...

Rozita a.Halim said...

try jee..xtry xtau kan

Post a Comment

: Assalamualaikum :
sudilah komen tau walaupun satu ^.^'