Tips Mudah Kurangkan Berat Badan

Assalamualaikum..

segak kan kalau dapat kaki macam ni. oh!
Gambar : Sumber Encik Google

Salam petang semua. ewah! salam petanglah sangat kan. Walaupun dah petang ni, ro tak lunch lagi tau. Haa, tetiba macam nak jaga badan konon. Padahal tak ada mood nak makan. Lepas tu, mulalah timbul idea nak bagi korang TIPS Kurangkan Berat Badan. Amacam? 
Sebenarnya nak kurus dan sentiasa fit ni mudah aja. Korang janganlah fikir tak boleh makan banyak. Aku kena beli produk ni, produk tu untuk kurus. eh! membazir tau tak? dah lah mahal kan. Tak perlu buang duit semata-mata nak kurus. ok!
Nah, ro nak share dengan korang tips yang ro tahu. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu korang yang dah setting azam nak slimkan badan untuk tahun 2014 ni kan :)


TIPS :

  1. Niat - Mulakan dengan niat bahawa korang mahukan badan yang slim dan sihat. Motivasikan diri.
  2. Matlamat - Tetapkan goal setting. Berapa kg dan bila korang mesti capai goal yang korang harapkan.
  3. Mestilah Tahu dan Bagaimana - Jangan main belasah aja. Tanak makanlah. Nak makan produk macam-macamlah. Korang mesti tahu apa yang mesti dibuat untuk kurangkan berat badan.
  4. Kongsi - Haa jangan nak kurus sorang-sorang aja tau. Korang boleh bagi tahu orang yang rapat dengan korang, yang korang plan nak kurus. Pada masa yang sama, orang berkenaan boleh membantu untuk mengingatkan dan kurangkan berat badan bersama-sama korang.
  5. Install Apps - Jeng! Jeng! Jeng! Cara ni paling sempoi tau. Sekarang ni dalam smartphone macam-macam ada. Apps untuk senaman pon ada tau. Korang boleh install dan do! Sila jangan tau install je tau -_-'
  6. Kemas Dapur - Rasa-rasanya korang boleh sedekah apa-apa sahaja yang merepek ada dalam dapur korang. Faham ke tak faham? 
  7. Realistik - Don't too drastik dear! Bagi maintain cara korang kurangkan berat badan. Jangan terlalu gopoh. Nanti korang juga sakit.
  8. Buang Angan-angan - Jangan buat separuh jalan. Lakukan sehingga capai goal setting korang!


** ro harap, dapatlah bantu korang. walaupun tak seberapa. selamat ringankan badan yo!







ARIGATOGHOZAIMAS sebab sudi baca tau ^.^"

No comments:

Post a Comment

: Assalamualaikum :
sudilah komen tau walaupun satu ^.^'